Pada hari kedua setelah ahli-ahli sihir Pulau Beradu berpindah masuk rumah baru mereka, Roland memanggil Ketua Dewan Perbandaran Barov untuk berjumpa dia.
"Beta mahu awak mengeluarkan pengumuman untuk pengambilan pekerja." Roland menyerahkan segulung kertas kekulit kepada Barov. "Beta perlu 10 orang untuk kerja selama seminggu. Kalau boleh, ambil pekerja wanita."
Barov mengambil kertas yang dihulurkan putera itu lalu membacanya dengan teliti. "Tuanku, boleh patik bertanya? Apa itu… Apa itu kanji?"
"Awak tahu tepung gandum, bukan?"