Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 300 - Rumah Ahli Sihir

Chapter 300 - Rumah Ahli Sihir

"Shrikk! Shrikk!"

Di laman belakang istana yang baru dibina, Maggie mengepak-ngepak sayap gergasinya sambil berpusing-pusing untuk menunjukkan bulu pelepahnya yang berkilat kepada semua orang.

Roland sudah mendengar cerita tentang evolusi kuasa sakti Maggie daripada ahli sihir lain, tetapi dia masih terpegun apabila melihat Maggie dalam bentuk makhluk iblis.

Maggie sudah berubah menjadi seekor burung yang sangat besar berwarna perang. Ekornya sahaja sudah sepanjang 10 meter dan rentang sayapnya selebar kira-kira 15 meter. Sayapnya tidak seperti sayap burung biasa, sebaliknya lebih mirip dengan sayap kelawar. Apabila dia membentangkan sayap itu, mereka semua boleh melihat salur-salur darah dan tulang-tulang jari yang tembus kulit sayap itu bawah cahaya matahari. Kaki burung Maggie setebal dan setinggi seorang lelaki dewasa untuk menyokong berat badannya. Kuku cakarnya juga nampak sangat tajam.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS