"Baiklah." Roland tunduk dan mendukung Anna lalu perlahan-lahan merebahkan dia di atas katil. Tetapi pergerakan ringkas itu sahaja sudah membuat dia semput. Dia berbaring di sebelah Anna dan menarik sehelai selimut untuk menutupi tubuh mereka berdua. Anna berpusing untuk berbaring atas sisinya lalu menyandarkan kepala atas lengan Roland. Roland mengangkat tangan itu untuk mendakap bahu Anna.
Sekarang langkah seterusnya adalah… bercium?
Roland menyumpah dirinya sendiri kerana dia rasa begitu gementar. 'Ini tidak boleh jadi. Saya sudah ada reputasi sebagai lelaki buaya darat. Saya tidak boleh memperbodohkan diri saya di hadapan seorang gadis. Mungkin saya patut cuba mengurangkan ketegangan keadaan ini dengan bersembang dahulu? Atau mungkin… buat lawak kotor?'
Sedang Roland berperang dalam kepalanya sendiri, kedengaran suara lembut Anna, "Awak pernah terfikir awak mungkin akan terbunuh semasa awak tolak saya dalam belon udara panas itu?"