Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 294 - Serangan Iblis

Chapter 294 - Serangan Iblis

Pada keesokan paginya, semua orang mengemaskan khemah dan menyambung perjalanan mereka.

Roland menyedari penampilan ahli-ahli sihir tidak berubah sedikit pun walaupun mereka bermalam dalam khemah di tengah-tengah gunung. Mereka masih kelihatan segar dan ceria, tidak seperti Roland. Tanpa memandang ke dalam cermin, Roland tahu tentu rupanya sangat buruk sekarang, dengan rambut kusut-masai, muka pucat kerana tidak cukup tidur, dan satu badan yang melekit dengan peluh kering. Selepas dia membilas muka dengan air sejuk, barulah Roland rasa sedikit lega.

Sekarang baru dia rindukan bilik mandi dan paip air di istana.

Sejam kemudian, Pengkaji Awan tiba di destinasi mereka, di sisi gunung bersalji seperti yang digambarkan oleh Lightning. Mereka terapung-apung di atas permukaan laut lepas sambil mencari tempat untuk mendarat. Penumpang belon udara panas itu melihat sekali imbas pemandangan di sebalik gunung itu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS