Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 290 - Rancangan Tinjauan

Chapter 290 - Rancangan Tinjauan

Roland sedang duduk dalam kamar bacaannya sambil melakar pelan untuk melancarkan serangan udara ke atas Istana Diraja Graycastle. Sedang dia asyik melukis, dia dikejutkan dengan bunyi ketukan bertalu-talu di jendela tinggi di belakangnya.

Roland bingkas berpusing dan melihat Lightning melambai-lambai kepadanya dengan riak wajah cemas, sementara Maggie pula mematuk-matuk kaca tingkap sambil mencakar-cakar dengan kaki.

Selepas Nightingale membuka tingkap jendela itu, anak gadis itu meluru terbang masuk ke dalam pelukan Roland.

"Apa… Apa yang terjadi?" tanya Roland kebingungan. "Kenapa ini?"

"Kurr! Batu hitam! Kurr! Gunung salji! Tinggi! Kurr!" Maggie mendarat atas meja Roland dan berjalan mundar-mandir sambil mengepak-ngepak sayapnya.

"Apa?"

"Bukan!" Kedengaran suara Lightning yang sedang menyembam muka ke dada Roland. "Iblis! Patik nampak iblis!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS