Kyle Sichi sedang berjalan merentasi pekan untuk menuju ke Sungai Air Merah.
Pekan Sempadan kini sudah bertambah meriah. Sukar untuk dipercayai tempat ini dahulunya sekadar kota kara untuk memantau gerak-geri makhluk iblis. Tanah yang dia pijak sekarang disaluti bahan berwarna hitam dan kelabu manakala di kiri dan kanan jalan, Kyle dapat melihat rumah-rumah batu tersusun rapi dan nampak berbeza daripada rumah kediaman. Rumah batu ini tidak kelihatan seperti rumah untuk didiami kerana ia jauh lebih besar. Mungkin ia bertujuan untuk digunakan sebagai gudang kecil.
Menurut Baginda Putera Roland, rumah-rumah batu ini akan dijual pada satu hari kelak.