Dewan Perdagangan Margaret tiba di jeti Pekan Sempadan pada hari ketiga musim luruh, seperti yang dijanjikan.
Rombongan dagang itu nampaknya sudah berjaya memulihkan bekalan mereka dan kini 10 kapal layar sudah selamat berlabuh.
"Yang Amat Berhormat Tuanku Putera Roland, kita berjumpa lagi," kata Gammon, pedagang dari Teluk Bulan Sabit sambil menunduk dan menyambung lagi, "Patik mendapat berita Cik Margaret ada mengatakan kapal berkuasa wap yang pertama telah siap?"
"Ya, betul," kata Roland sambil tergelak. "Namun ia masih memerlukan tiga atau empat hari lagi untuk menguji keberkesanan kapal itu bagi memastikan kualiti produk."
"Patik tidak sabar mahu melihat hasilnya," kata Marleen sambil bertepuk tangan. "Kami boleh menunggu untuk itu kerana kami akan mengambil masa yang lebih kurang sama untuk memunggah semua kargo dari kapal. Tuanku, boleh patik turut serta untuk melihat ujian kapal itu nanti?"