Apabila Kyle Sichi menyelesaikan kerja-kerja uji kaji dan pulang ke rumah, isterinya sudahpun menyiapkan makan malam untuk ahli kimia itu. Isterinya menyediakan kek gandum bakar, sup cendawan dan segelas arak putih untuk Kyle.
Arak putih dan cendawan putih yang besar ini boleh didapati di Pasar Serbaguna. Papan tanda di luar kedai cendawan itu tertera "Anda Tidak Akan Menemui Cendawan yang Lebih Enak Berbanding Cendawan Kami" dan Kyle bersetuju dengan ayat itu setelah kali pertama dia menggigit isinya yang empuk dan lazat itu. Hanya sekali rasa sahaja sudah membuat Kyle teringat-ingat akan kesedapannya.