Sirius Daly berjalan sepanjang tebing sungai sambil memakai topi jerami untuk berlindung daripada terik matahari. Dia mahu pergi memeriksa ladang gandum.
Setelah hampir empat bulan disemai, sepatutnya ia sudah mula ranum.
Sekali pandang, ladang gandum yang sangat luas itu kelihatan seperti lautan keemasan yang terbentang saujana mata memandang. Setiap batang pokok gandum tertunduk berat dengan biji-biji yang padat. Bukan sahaja jumlah biji bagi setiap pokok sudah bertambah dua kali ganda, tetapi setiap butir biji itu juga lebih besar berbanding apa yang dia pernah lihat seumur hidupnya. Sirius tidak perlu menimbang berat hasil tuaian pun. Dia sudah tahu hasil tuaian tahun ini sangat lumayan.
Tidak syak lagi, ini pasti ada sentuhan kuasa ahli sihir.