Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 262 - Jambatan di Sungai Air Merah

Chapter 262 - Jambatan di Sungai Air Merah

Seminggu selepas itu, Roland melakukan upacara pecah tanah bagi projek pembinaan jambatan besi.

"Tuanku mahu patik naikkan dasar sungai di dua tempat tengah-tengah sungai ini untuk menjadi tapak tiang jambatan?" Lotus memandang keadaan sungai yang bergelora itu dan bertanya lagi, "Tuanku mahu bina jambatan sebenar? Bukan hanya setakat menghubungkan kedua-dua tebing sungai dengan jambatan apung?"

"Betul. " Roland membuka lipatan sekeping kertas kekulit dalam tangannya. "Jika kita mengambil kira kekuatan arus sungai ini, kedua-dua tanah yang awak naikkan itu mesti cukup padat. Untuk mengurangkan kesan hempasan arus ke atas tiang jambatan itu nanti, ia perlu dibentuk seperti ini."

"Ini… Ini macam sebuah sampan." Lotus melihat lakaran yang ditunjukkan oleh Roland itu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS