Selepas makan malam, Nightingale kembali ke dalam bilik tidurnya dengan membawa sebuah kotak. Dia baru sahaja meletakkan kotak itu di atas katil tetapi Lightning, Maggie, Lily serta Mystery Moon sudah meluru masuk dan berkerumun sekeliling dia. Mata mereka bersinar-sinar melihat kotak itu.
"Kenapa ini?" Wendy tergelak melihat mereka. "Awak mahu tahu apa yang ada dalam kotak ini?"
Kecuali Lily, tiga ahli sihir lain mengangguk-angguk.
"Putera Roland sangat aneh!" Lightning menggumam tidak puas hati. "Sudahlah tidak dibenarkan minum arak, sekarang kami tidak dapat hadiah pula!"
"Bukankah Baginda ada sebut tadi, ini hadiah untuk ahli sihir dewasa sahaja?" Lily mengeluh. "Selepas awak dewasa nanti, awak mintalah juga daripada Baginda. Saya pula sebenarnya tidak kisah pun. Entah kenapa awak tarik saya sekali."
"Saya yang tarik awak?" Mystery Moon meninggikan suara. "Saya hanya panggil awak sahaja! Saya tidak tarik awak pun."
"Saya…"