Ahli sihir keempat yang tampil adalah Sylvie.
Roland rasa agak kurang senang di hadapan ahli sihir ini, tetapi bukan kerana Nightingale berkata Sylvie banyak menipu sejak dia datang ke sini. Roland sudah biasa mendengar kata-kata berlapik, puji-pujian melampau, serta rahsia-rahsia tersirat. Lagipun pada zaman moden yang didiami Cheng Yan dahulu, tidak ada ramai orang yang benar-benar jujur sepenuh hati kecuali ahli keluarga dan segelintir kawan rapat sahaja.
Sebaliknya Roland hanya rasa seolah-olah dia tidak boleh berselindung di hadapan ahli sihir ini. Lebih teruk lagi, Roland tahu ini bukan perasaannya semata-mata kerana kebolehan sakti Sylvie adalah pandangan tanpa hijab. Malah dia boleh menanggalkan setiap helai pakaian di tubuh Roland sekarang dengan melontarkan pandangan sahaja. Secara tidak sedar, Roland mengubah cara duduknya. Dia menyilangkan kaki sambil mengeluh nasibnya kerana tidak mempunyai kuasa sakti begitu.