Dalam surat itu, Tilly juga menyatakan dia sedang cuba menterjemah aksara-aksara aneh dalam kertas kekulit itu dan dia bertanya jika Kesatuan Ahli Sihir boleh membantu dengan itu.
Roland memutuskan untuk membalas surat Tilly dengan maklumat baru tentang iblis-iblis, Kota Suci Taquila, serta gambar pemandangan bandar itu yang dilukis oleh Soraya bagi membantu Tilly dalam usaha penterjemahannya itu. Jika mereka boleh mendapat tahu malapetaka apa yang berlaku 400 tahun dahulu, mereka boleh membuat persiapan awal untuk menghadapinya sekali lagi dan mungkin mereka akan menemui kelemahan Gereja Inggeris juga. Jika Gereja Inggeris tidak ada apa-apa untuk disembunyikan, masakan mereka akan bersusah-payah sebegini rupa untuk memastikan tiada siapa tahu tentangnya.
Sudah pasti mereka ada sesuatu yang sangat besar untuk disembunyikan.