Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 257 - Misteri

Chapter 257 - Misteri

Roland tidak dapat menahan keterujaannya sejak lima ahli sihir dari Pulau Beradu tiba di Pekan Sempadan. Setelah lama berbolak-balik di atas katil selepas makan malam, Roland minum segelas arak putih untuk cuba memaksa tubuhnya untuk tidur.

Keesokan harinya, mata Roland sudah terbuka luas walaupun ayam belum berkokok menandakan ketibaan waktu pagi. Dia meloncat dari katil dan hanya membasuh mukanya ala kadar sebelum dia bergegas ke bilik bacaan. Warna kuning mula menjengah dari ufuk dan perlahan-lahan cahaya matahari pagi mula melimpahi bilik itu dari jendela tinggi.

Roland melihat-lihat keliling bilik itu tetapi tidak melihat Nightingale yang biasanya akan terlunjur santai di atas kerusi malasnya setiap kali Roland masuk ke sini. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Dia mengeluarkan sebuah berkas lembaran kertas kekulit dari laci, melabuhkan punggungnya atas kerusi dan mula merancang program latihan ahli sihir yang terbaru.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS