Ribut melanda dengan tiba-tiba tetapi ia reda secara mendadak juga.
Kumpulan wakil itu berangkat pada hari kedua setelah ribut itu menaiki kapal Dayang Perawan.
Sylvie bersandar atas susur kapal, mengeluarkan sekeping daging dari begnya dan menggoyang-goyangkan daging itu di atas kepalanya."
"Aduh!"
Seekor burung camar besar meluru turun dari udara sambil bercicip. Mata Sylvie terkebil-kebil kerana angin yang disebabkan oleh kepakan sayap burung itu. Daging di tangannya disambar paruh camar itu. Apabila dia memandang ke atas, camar itu kembali ke haluan kapal dan menyambung tugasnya menunjukkan jalan di samudera yang luas terbentang itu.
Ini apa yang diarahkan oleh Maggie kerana dia tidak dapat mengeluarkan daging kering sendiri jika dia bertukar menjadi seekor burung camar.