Roland tidak sanggup lagi meninggalkan istana. Tempoh pertengahan musim panas sudah menghampiri penghujungnya dan Pekan Sempadan kini memasuki bulan terakhir yang paling terik semasa musim panas tahun itu.
Kecuali untuk penghasilan serbuk api, semua kalium nitrat yang dibawa oleh Margaret digunakan untuk menyejukkan semua bilik dalam istana itu. Sekarang hampir setiap bilik dilengkapi baldi kayu berisi kalium nitrat dan juga seteko air. Setiap pagi, Roland akan duduk dalam sebuah bilik sejuk dan menikmati secangkir air sejuk untuk menghapus dahaga. Jadi apabila dia masuk ke kamar bacaannya nanti, badan dan mukanya tidak akan lencun dengan air peluh.