Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 248 - Mutasi

Chapter 248 - Mutasi

Ais dan salji di Penara Hermes tidak banyak mencair walaupun pada musim panas.

Mayne berdiri di puncak Menara Syurga dan memerhati dari jauh. Hanya dua warna sahaja yang menguasai tanah gersang di sebalik tembok itu - kehijauan padang rumput serta lambakan salji putih yang kelihatan seperti sebuah parut di permukaan bumi yang ditinggalkan oleh Bulan Kunjungan Iblis. Iklim itu tidak membenarkan apa-apa tumbuhan hidup jadi Kota Suci Baru mendapatkan bekalan makanan mereka dari kaki penara, iaitu dari Kota Suci lama dengan diangkut pedati-pedati haiwan.

Setelah tinggal di Hermes lebih daripada sepuluh tahun, dia sudah lali dengan kedinginan itu.

"Hanya tinggal kita berdua sahaja?" Tayfun datang melalui pintu dan bertanya, "Apa kata perjumpaan kita tidak dilakukan di bilik rahsia?"

"Awak suka duduk di bilik sempit itu?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS