Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 246 - Rancangan Penghasilan Serbuk Api Baru

Chapter 246 - Rancangan Penghasilan Serbuk Api Baru

Apakah pencapaian terunggul Zaman Perindustrian? Perkara pertama yang muncul dalam fikiran Roland adalah landasan kereta api yang dikuasakan enjin wap.

Bagi Roland, erti keindahan yang sebenar adalah rekaan enjin wap. Sistem mekanikal moden pada zaman Cheng Yan tersembunyi dalam badan-badan besi yang padat, bahagian-bahagiannya dibuat dan diukur dengan kejituan tinggi bagi mengurangkan gegaran, kalis bunyi, kalis habuk, kalis segala-galanya. Namun begitu apabila Roland melihat silinder besi tuang yang berlumuran minyak, batang engkol yang tebal dan tegap, roda besi besar berputar-putar tanpa henti, dengan bunyi yang berkelentang-kelentung dan bergegar-gegar, serta bunyi siulan nyaring wap yang terbebas daripada cerobong, inilah rupa sebenar kemajuan teknologi yang menzahirkan keindahan dan kemegahan Zaman Perindustrian.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS