Apabila malam menjelang, udara menjadi lebih sejuk. Theo duduk di bangku sebuah laman di atas bukit sambil memerhati sinaran cahaya kecil dari tingkap-tingkap kedai minuman, rumah, pelacuran, dan pusat judi dari kejauhan. Cahaya-cahaya itu bergemerlapan umpama bintang di langit dan menggambarkan kemeriahan bandar.
Pemandangan seperti ini hanya boleh dilihat di kawasan pusat bandar di Bandar Diraja. Bencana wabak iblis tempoh hari telah mengorbankan sejumlah satu pertiga daripada penduduk kota yang tinggal di pinggiran. Namun tragedi itu tidak menghalang golongan bangsawan daripada menogok arak dan berfoya-foya di pusat bandar. Tetapi jika seseorang cuba memasang telinga, mereka tentu boleh mendengar suara raungan sakit secara sayup-sayup.