Walaupun hanya ada 2000 orang berkumpul di medan pekan itu, hiruk-pikuk sorakan dan tepukan mereka kedengaran sama kuat dengan puluhan ribu orang. Dalam diam, Roland rasa sangat kagum dengan kebolehan sakti Echo.
Roland memilih Kapak Besi, Kyle Sichi, dan Nana Pine sebagai contoh kepada rakyat jelatanya. Mereka bertiga bukan orang bangsawan. Kapak Besi pendatang asing dari Negara Pasir di Wilayah Selatan, Kyle seorang ketua pakar alkimia tetapi dia datang daripada keluarga miskin dan dia mendapat jawatan itu daripada hasil usahanya sendiri. Manakala Nana pula, Nana ialah ahli sihir.
Seorang pendatang asing, seorang rakyat biasa, dan seorang ahli sihir. Orang-orang masa hadapan tentu akan mengatakan ini keputusan bijak daripada segi politik.
Roland berharap untuk mempergunakan majlis ini bagi menyemai mentaliti baru dalam fikiran rakyat jelatanya – Di Pekan Sempadan, bukan darah keturunan seseorang yang diutamakan, sebaliknya pencapaian mereka.