Semakin jauh mereka menuju timur, semakin tipis kabus yang mengelilingi mereka. Tetapi langit masih mendung, seolah-olah cahaya matahari tidak mampu menembusi kesuraman tempat ini.
Terumbu karang di sekeliling mereka juga menjadi semakin tinggi dan akhirnya sehingga menyerupai tiang-tiang kayu yang kukuh. Apa yang aneh, walaupun paras air semakin menurun, kapal mereka masih membelah laut dengan laju. Ombak pun semakin mengecil dan laut itu menjadi setenang tasik.
Tilly bertanya kebingungan, "Kalau begini, kenapa orang tidak cuba masuk Kepulauan Bayang selepas menunggu air surut sepenuhnya? Jika terumbu karang itu sudah tidak ditenggelami air lagi, awak boleh meneruskan perjalanan dengan selamat dengan hanya berjalan kaki sahaja."