Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 231 - Misi Pembunuhan (Bahagian II)

Chapter 231 - Misi Pembunuhan (Bahagian II)

Nirwajah rasa semua bulu romanya meremang. Satu suara bergemuruh dalam kepalanya, 'Ini mustahil!'

Dia menelan air liur dan mula bersuara, "Apa maksud awak? Saya Vortelah."

'Mustahil dia kenal siapa Vorte. Ada ramai askar upahan dalam kem ini, masakan dia dapat ingat nama setiap askar di sini?'

Nirwajah tidak menyangka kata-katanya disambut dengan cemuhan. "Vorte, ya? Saya tidak pernah tengok pula ada kuasa sakti dalam tubuh lelaki. Sama ada awak ahli sihir yang menyamar dan mahu mencuri sesuatu di sini atau awak ahli sihir lelaki pertama di dunia ini. Tidak kira apa jawapan awak, yang pasti awak bukan Vorte. Saya tidak pernah tengok askar seperti awak dalam Angkatan Tentera Pertama."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS