Sebelum matahari terbenam di sebalik pergunungan, Nirwajah sudahpun menyeberangi terusan dengan senyap dan bersembunyi di belakang kawasan kem askar upahan itu.
Nama sebenar dia bukan Nirwajah, tetapi Aphra yang bermaksud habuk. Nama itu diberikan oleh Heather, seorang ketua biskop di Kota Suci Hermes. Dia lebih suka dengan nama itu kerana habuk jarang disedari manusia. Apabila ia berbaur dengan kawasan sekeliling, ia sudah menjadi sukar untuk dikenal pasti, sama seperti dia sendiri.
Aphra hanya akan menonjolkan dirinya yang sebenar di hadapan Heather.