Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 226 - Rancangan Khas di Bandar Diraja

Chapter 226 - Rancangan Khas di Bandar Diraja

"Awak dapat penawar suci itu?" Tukul Hitam terus bingkas bangun penuh bersemangat.

"Penawar suci?" Senyuman Theo terus lenyap dan digantikan dengan cemuhan. "Kami juga boleh menyembuhkan mereka yang dijangkiti wabak ini walaupun tanpa penawar suci Gereja Inggeris." Theo mengalihkan dua kampit kecil dari pinggangnya dan meletakkannya di atas meja. "Mereka guna taktik lapuk mereka dengan menuding jari ke arah ahli sihir kerana orang yang sudah mati tidak dapat membidas dakwaan mereka."

Tukul Hitam nampak keliru dan mengangkat salah satu kampit itu. Dia menggoncangkan kampit itu di sebelah telinganya sebelum membuka ikatan tali untuk menghidu isi kandungan kampit itu. "Tidak ada bau pun?"

"Awak berikan ini kepada Cincin Perak dan Pott. Suruh mereka minum ini dan tengok jika ubat ini mujarab atau tidak," kata Theo. "Tentu mereka masih ada di kedai minum ini."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS