Negeri Tasik Utara, Teluk Naga Laut.
Pengikut Gereja Inggeris memanjat dinding dan menembak tanpa henti ke arah ahli sihir. Namun, kerana halangan Shavi yang tidak dapat dilihat dan khadam-khadam sakti Molly, ini hanya memberi kesan yang sedikit. Semua anak panah akan jatuh ataupun ditelan oleh khadam-khadam itu. Hanya anak panah bertatah Batu Pembalasan Tuhan sahaja dapat memberi ancaman kepada mereka.
Namun, bilangan Batu Pembalasan Tuhan teramat terhad. Ahli sihir malang yang terkena anak patah beracun itu dengan cepat dibawa ke barisan belakang untuk menerima rawatan. Jika mereka sempat menghentikan pendarahan, nyawa mereka tidak lagi terancam. Setelah dua atau tiga pusingan tembakan, lebih daripada 20 ahli sihir berjaya maju ke tembok kota. Ashes terus menerpa ke bahagian atas dinding dan menumpaskan semua pengikut-pengikut yang berani menunjukkan diri.