Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 219 - Adik-Beradik

Chapter 219 - Adik-Beradik

"Selamat datang ke Kesatuan Ahli Sihir!" Di balai penghadapan, ahli-ahli sihir pelbagai usia dengan baju dan rambut berwarna-warni bersorak dengan penuh riang. 

"Terima kasih, terima kasih…" Lucia dapat merasa air mula bergenang di matanya. Dia menarik nafas dalam dan cuba menahan air matanya daripada tumpah. Dia tidak tahu mahu buat apa jadi tangannya terus mencapai secawan ale dan meminumnya pantas. Rasanya tidak sepahit yang dia ingat. Sebaliknya, ia terasa agak manis.

Selepas bertemu Baginda Putera Roland, Nightingale membantu dia dan Ring mandi air panas dan menukar baju bersih. Apabila mereka sudah memastikan Ring selesa dalam bilik barunya, Lucia mengikuti Nightingale ke balai penghadapan istana. Rupa-rupanya ahli-ahli sihir lain sedang mengadakan parti untuk menyambut kedatangannya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS