Keadaan Ring semakin stabil.
Seperti aturan semasa mereka mula-mula menaiki kapal dari Bandar Diraja, askar upahan yang membawa tombak di belakang mereka membahagikan orang ramai menjadi beberapa kumpulan. Pesakit kritikal dibawa masuk ke dalam bilik-bilik kayu aneh untuk menjalani rawatan. Selepas itu kanak-kanak, keluarga dengan anak-anak kecil, dan kemudian baru orang dewasa.
Lucia dan Ring termasuk dalam kumpulan pertama. Proses rawatan mereka berjalan dengan pantas. Lucia dan adiknya diikat penutup mata dan dipimpin oleh askar upahan untuk masuk bilik seperti pondok itu. Selepas itu dia rasa seseorang memasukkan sebutir kapsul ke dalam tangannya. Kapsul itu kecil dan rasa agak manis. Orang di sebelah Lucia meminta dia untuk tidak risau kerana adiknya juga telah diberikan ubat yang sama.