Roland baru sahaja mahu naik ke kamar tidurnya untuk berehat sebentar selepas makan tengah hari bersama ahli-ahli sihir. Tetapi Carter tiba-tiba meluru masuk ke balai penghadapan istana.
"Tuanku! Pelarian dari Rantau Timur baru tiba di dok!"
"Cepatnya?" Roland agak terkejut tetapi pada masa sama, dia gembira juga. Nampaknya dia tidak salah pilih Theo untuk melakukan tugas ini – bukan sahaja dia bekas pasukan peronda Bandar Diraja, tetapi dia juga kenal orang-orang atasan serta ahli kongsi gelap di sana. Namun begitu, Roland tersedar ada sesuatu yang tidak kena dari wajah ketua kesateria itu. Wajah sugul Carter berpeluh-peluh dan dahinya berkerut.
"Ada masalah?"
"Anak kapal seperti dijangkiti penyakit aneh." Carter menceritakan simptom-simptom yang dia lihat tadi. "Pada mulanya hanya segelintir penumpang yang dijangkiti penyakit itu tetapi sekarang ia sudah merebak kepada semua penumpang kapal lain, termasuk anggota Angkatan Tentera Pertama juga!"