Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 211 - Perindustrian Ringan

Chapter 211 - Perindustrian Ringan

Roland sedang duduk di meja kerjanya sambil memerhati ketua kesaterianya dengan penuh minat. Carter dipanggil masuk ke bilik bacaan putera raja itu untuk memberi maklumat terkini tentang Angkatan Tentera Pertama.

Sebelum ini Carter berwajah garang dan dahinya berkerut sepanjang masa. Tetapi selepas beberapa bulan, mukanya sudah semakin relaks dan mula menunjukkan emosi yang lain selain merengus sepanjang masa.

'Mungkin ini ada kaitan dengan si pelakon Bintang Rantau Barat itu,' fikir Roland.

Roland mendapat khabar angin yang mengatakan Carter sudah semakin rapat dengan May. Sebagai pegawai atasan tertinggi dalam Angkatan Tentera Pertama dan orang kanan Roland dalam pertahanan, sudah tentu semua gerak-gerinya menjadi perhatian. Apatah lagi jika dia sering bersama seorang gadis sejelita May.

Selepas kali pertama mereka dilihat berjalan berdua di tengah pekan, semua pengawal sudah kecoh melaporkannya kepada Roland.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS