"Sabun wangi?" May mengambil satu buku dan menghidunya dan ternyata, May memang dapat menghidu wangian bunga mawar.
"Ya. Memang sangat sukar untuk bayangkan bagaimana untuk menghasilkannya. Awak perlu mula dengan pes pekat, selepas itu Baginda Putera Roland menambah wangian dan membuatkannya menjadi penuh dengan bau-bauan."
May sekali lagi tanpa disedari menjeling ke tanda harga yang tertulis di kertas kulit kayu itu. Dengan harga jual sebanyak 25 keping perak untuk satu buku, sabun ini boleh dikategorikan sebagai barangan mewah. Namun jika dibandingkan dengan minyak wangi yang lebih mahal, harga sabun ini ternyata sangat rendah.