Setelah membungkus rambut yang basah dengan tuala, Lily kembali ke biliknya.
Walaupun dia menuduh Putera Raja menyediakan kesenangan yang berlebihan, dia terpaksa mengakui bilik air ini sangat… hebat. Berdiri di bawah pancuran air dan menikmati air yang sejuk yang membersihkan badannya, membuang segala perasaan lekit dan panas di bawah terik matahari memberikan kesegaran baru selepas mengalami hari yang sibuk.
Namun, kenikmatan yang sangat selesa selepas mandi ini membuatkan Lily berasa serba salah. Sepanjang hari, Lily belum pernah menahan dirinya, bahkan dia membiarkan lidah tajamnya bermaharajalela. Tetapi sekarang dia perlu bertanyakan dirinya sendiri, adakah dia patut meminta maaf kepada Baginda Putera Roland.
"Pembelot!"
"Apa? Lily mengangkat rambutnya yang tersangkut di hadapan kepalanya.