Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 203 - Pulang

Chapter 203 - Pulang

Lautan tidak ada jauh bezanya dari daratan, cuma lautan lebih mendatar.

Jika Maggie ada di sini, dia tentu sudah sibuk terbang berulang-alik dan memaklumkan Ashes tentang berapa jauh lagi pulau yang mereka tuju itu. Tetapi sekarang, hanya bunyi ombak laut memukul badan kapal sahaja yang kedengaran di telinga Ashes. Walaupun bunyinya berulang-ulang sahaja sehingga membosankan pula, anak-anak kapal menganggap ini sebagai petanda baik kerana itu bermaksud cuaca hari ini elok untuk pelayaran.

'Oh, ada bunyi baru.' Ashes memasang telinga. Ada bunyi derapan kaki yang berat melangkah atas papan jati kapal itu sehingga kayunya berkeriut-keriut sedikit – seseorang sedang berjalan menghampiri dia.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS