Petrov menghirup teh hitam sambil bersandar di kerusi lembut pemerintah dan melepaskan keluhan panjang.
Dua bulan telah berlalu semenjak pengalihan kuasa Kubu Longsong dan kini dia sedar yang dia mula menyukai dewan tersebut. Struktur menaik kerusinya membenarkan dia untuk melihat pegawai dan pengawal yang berdiri di hadapannya. Ini memberikan dia kepuasan mengawal segala-galanya.
Semasa bulan pertama, beberapa orang bangsawan menonjolkan diri dan bertanyakan soalan secara terbuka kepadanya atau merancang untuk mengadakan rusuhan secara rahsia. Sudah tentu, orang yang melakukan provokasi ialah dari keluarga besar seperti Rusa Tanduk dan Serigala. Mengikut nasihat ayahnya, Petrov tidak memberi hukuman gantung kepada rakyat biasa yang membuat masalah mahupun mereka dari keluarga Tikus. Sebaliknya, dia memenjarakan bangsawan kecil dan bercadang menghalau mereka setelah keluarga mereka membayar ikat jamin.