Scroll berdiri di hadapan pintu luar bilik dengan rasa ragu-ragu sebelum membuat keputusan untuk menolak pintu dan melangkah masuk.
Di dalamnya, Wendy sedang duduk di meja dengan rupa yang sangat sengsara sambil memegang buku di tangannya. Scroll tidak perlu melihat buku itu. Dia sudah dapat mengagak itu adalah Teori Asas Sains Semulajadi.
Scroll tidak boleh menahan dirinya daripada tergelak. Sukar untuk dia melihat Wendy seperti itu. Walaupun semasa mereka terperangkap di Banjaran Puncak Langit dengan Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir dan kekurangan barangan pada tahap kritikal, Wendy masih menunjukkan senyumannya. Dia cuba untuk menghiburkan setiap orang kakaknya, seolah-olah dia tidak runsing dengan kesusahan yang mereka harus lalui.
Dia tidak pernah menyangka sebuah buku akan membuatkan Wendy resah.
"Susah betul nak faham, betul tak?" Scroll bertanya. "Itulah apa yang saya rasa semasa pertama kali saya membaca buku itu."