Setelah Barov pergi, Roland berjalan menuju ke arah laci dan meletakkan carta bancian itu di dalamnya. Dia menoleh ke arah Nightingale dan ingin bertanya kepadanya apa yang telah berlaku. Tetapi setelah teragak-agak untuk beberapa ketika, dia tidak berkata apa-apa.
Dia sudah tahu jawapannya. Namun begitu, dia tidak berani menyatakannya kerana rasa malu dan risau apa yang diteka itu salah. Sebaliknya, dia berkata, "Seterusnya ialah lawatan ke Lombong Cerun Utara."
"Mahu lihat perubahan kebolehan baru Soraya?" Walaupun kelakuan Nightingale agak pelik, perangainya masih seperti biasa. Dia menanggalkan penutup kepalanya dan tertawa, "Marilah."
[Mungkin saya berfikir banyak sangat.] Roland berkata dalam hati sambil dia memandang ahli sihir itu yang menuju ke arahnya.
Pengalaman menaiki belon udara panas tempoh hari telah memberi kesan kepada lebih daripada seorang.