Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 180 - Bancian

Chapter 180 - Bancian

Semenjak kebelakangan ini Roland rasa seperti terawang-awang di kayangan.

Walaupun semasa duduk bersendirian di dalam bilik bacaannya, tanpa sedar dia akan mula menyanyi perlahan dan teringat semula kepada kenangan dalam belon udara panas itu.

Anna kelihatan begitu jelita semasa dia memejamkan mata sambil menadah bibir untuk dikucup. Roland tersenyum apabila dia terbayang semula masa itu. Lebih penting lagi, kata-kata Anna tempoh hari sudah mengesahkan dia juga menyimpan hati dengan putera raja itu.

Pada masa itu, Roland tidak mampu menahan diri daripada mencium kembali bibir mungil itu. Mungkin dia tidak sedar kekuatan dirinya sendiri kerana apabila belon mereka mendarat, dia dapat merasakan bibirnya sedikit pedih.

Mungkin mereka bercium begitu lama dan Anna sebenarnya hampir tidak dapat bernafas, jadi dia mengigit sedikit bibir si putera itu dengan cemas.

Tidak kisahlah, sudah lama Roland tidak merasai perasaan seperti ini.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS