Heather ketawa terbahak-bahak. "Sejak bila orang yang sekadar dijadikan alat dalam rancangan kita akan buat seperti yang kita arahkan? Asalkan matlamatnya masih sama dengan kita, kita biarkan sahaja dia buat apa yang dia suka. Lebih ramai orang dia yang terkorban dalam peperangan dia, lebih bagus untuk kita. Lagipun dalam rancangan kita, Graycastle ialah kerajaan terakhir yang kita akan serang. Biarkan mereka bertegang urat sesame adik-beradik. Roland Wimbledon menolak kapsul kita, bukan? Jika kita biarkan Timothy mengancam dia, dia mungkin akan jadi cukup terdesak untuk menerima kapsul-kapsul kita."