Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 177 - Tekad Kemahuan Gereja

Chapter 177 - Tekad Kemahuan Gereja

Di kamar rahsia Katedral Hermes.

Kerusi paus masih kekal kosong.

Tiga ketua biskop duduk sebaris. Seperti biasa, Mayne memulakan bicara. "Saya dengar ada pertelingkahan tercetus di Kerajaan Everwinter."

"Perajurit Agama yang berkawal di sana sudah mengendalikannya. Coburn, Ketua Paderi menjadi komander mereka," jawab Tayfun.

"Apa yang sedang berlaku sebenarnya?"

"Itu semua kerana sampah-sampah yang dibawa masuk ke Gereja Inggeris tempoh hari." Heather bersiul kecil. "Selepas ratu mereka dipancung, semua orang bangsawan berebut-rebut memasuki Gereja Inggeris dan membolot semua jawatan penting di dalamnya. Ini semua kerana rancangan awak untuk bertolak-ansur, Lord Mayne. Pengawal kota pula sengaja memejamkan mata melihat golongan bangsawan menjarah bandar mereka untuk menangkap semua ahli sihir, jadi itu menyebabkan rakyat jelata memberontak."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS