Kaedah pembuatan belon udara panas sangat mudah. Mereka hanya perlu memikirkan penyelesaian untuk dua masalah: alat untuk pembakaran dan kantung udaranya.
Masalah pertama, belon udara panas itu perlu bergantung kepada kayu api atau arang untuk memanaskan udara tanpa sebarang mekanisme bertekanan untuk menyalurkan gas. Ia bukan sahaja tidak akan begitu berkesan, jika ia dapat terbang sekalipun, ia tidak dapat terbang jauh. Sebab itu tentera zaman dahulu masih menggunakan belon hidrogen semasa bertempur walaupun belon udara panas sudah dicipta. Jadi Roland terpaksa angkat tangan dalam penciptaan alat pembakaran dan dia akan meminta bantuan Anna untuk memanaskan udara.