Dua hari selepas pemergian Ashes, tiba-tiba Maggie muncul semula di Pekan Sempadan.
Selepas dia menceritakan sebab dia kembali, semua penghuni istana menyambut mesra kedatangan Maggie dan Persatuan Ahli Sihir kini mempunyai seorang ahli baru.
Maggie begitu terharu apabila Roland mengadakan kenduri untuknya di laman belakang istana itu. Sebuah meja panjang dibawa keluar dari dapur dan dilambakkan dengan pelbagai daging untuk dipanggang. Ada banyak bahan perapan dan perasa disediakan seperti garam, minyak, lada hitam, cili, dan sos barbeku istimewa buatan Roland – cendawan hutan yang direbus bersama ayam, garam, gula, dan dipekatkan dengan tepung gandum sebagai pengganti MSG yang begitu dirindui Cheng Yan. Maggie makan dengan lahapnya sehingga perutnya terasa mahu meletup.
Pada tengah hari itu, Roland menguji kebolehannya.