Sekembalinya mereka ke rumah, Ferlin hanya mampu menggeleng lemah. "Kenapalah awak tidak berfikir sehari dua dahulu sebelum awak berjanji dengan Putera Roland?"
Sepanjang perjalanan mereka pulang, Irene terlompat-lompat keriangan. Seingat Ferlin, dia hanya pernah melihat Irene seseronok itu semasa hari perkahwinan mereka sahaja.
"Tak mahu." Irene menjelir lidah ke arah suaminya. "Kalau lambat satu hari sahaja pun, saya tentu tidak dapat tidur lena."
'Ya, jiwanya memang sudah sebati berjiwa seni. Semasa di Kubu Longsong dahulu, dia sentiasa berlatih seorang diri sehingga tengah malam dan sering berlatih dialognya dengan saya. Jika bukan kerana onar Duke itu, dia tentu akan naik pangkat daripada Mawar Panggung menjadi Bintang Panggung.' Sebaik sahaja ini terlintas di kepala Ferlin, dia terus mendakap isterinya dari belakang dan berkata, "Saya minta maaf."