"Iblis!" Alicia menghunus pedang bertangkai dua miliknya dan berdiri di hadapan Mira.
"Iblis…?" Suara ahli sihir itu kedengaran dingin tanpa sebarang perasaan. "Bagaimana dengan orang gereja pula? Awak campak semua anak yatim dan kanak-kanak yang tidak dimahukan ke biara dan awak jatuhkan hukuman sekiranya ada yang memiliki kuasa sakti. Siapa yang iblis sebenarnya?"
"Merepek!" Askar wanita itu membidas kembali. "Gereja Inggeris sudi menerima dan mengasuh kanak-kanak tidak bernasib baik atas belas kasihan Tuhan! Jika tiada biara, bagaimana mereka mahu bertahan hidup sehingga dewasa? Iblis yang sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan orang lemah dan membawa mereka ke arah kemungkaran tetapi Gereja Inggeris menyelamatkan mereka dengan memburu iblis ini dan memusnahkan kejahatannya! Awak sudah salah sangka dengan kami!"