Perang tanding itu diadakan di kaki tembok kota Rantau Barat.
Selain Roland, Kapak Besi, Tigui, Brian, dan ahli-ahli Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir lain turut menyaksikan perang tanding itu.
Serta seekor burung merpati yang bertenggek atas menara pemerhati.
Semua orang dimestikan memerhati dari atas tembok kota untuk mengelak daripada terkena peluru secara tidak sengaja. Kedua-dua petanding, Ketua Kesateria Carter Lannis dan Ahli Sihir Luar Biasa Ashes bakal berperang tanding satu lawan satu di sebuah kawasan berhampiran tembok kota.