Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 166 - Malam Sebelum Perang Tanding

Chapter 166 - Malam Sebelum Perang Tanding

Pada hari kelima seperti yang dijanjikan, akhirnya Roland selesai menyediakan semua bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kapas letupan.

Dia membuat silap besar semasa proses elektrolisis air garam. Dia menggunakan jaluran tembaga yang dipotong Anna sebagai elektrod dan akhirnya elektrod itu terlarut. Satu kawah penuh air garam terbazir begitu sahaja. Air garam berketepuan tinggi biasanya digunakan untuk mengelakkan pelarutan klorin dalam air semasa proses elektrolisis, tetapi zaman ini garam bukan barang dapur biasa yang murah dan senang didapati. Roland berasa begitu terkilan apabila terpaksa membuang air garam yang sudah tercemar itu. Akhirnya dia menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan batang karbon sebagai elektrod.

Dia merebus soda kaustik dengan air untuk menyingkirkan minyak di bebenang kapas. Setelah dia mendapat bebola kapas yang sudah tidak berminyak, dia membawa baki soda kaustik tadi ke makmal kimia.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS