Roland mendapat pesanan pembeliannya yang pertama sejak penghasilan enjin wap itu dan jumlah urus niaganya pula adalah yang terbesar setakat ini.
Harga sebuah jentera semata-mata adalah 500 keping emas. Dua mesin mesti disiapkan dan dihantar dalam bulan pertama dan bilangannya akan dinaikkan sebanyak satu buah pada bulan-bulan berikutnya sehingga cukup 10 buah jentera. Sokongan teknikal, alat-alat ganti, dan naik taraf peralatan boleh disediakan dengan bayaran tambahan. Tentang khidmat pascajualan serta jaminan waranti pula, Roland buat-buat tidak tahu tentang semua ini.