…
Apabila Kyle Sichi pulang ke rumahnya, hari sudah gelap.
Selepas makan bersama keluarganya, dia kembali ke bilik bacaannya untuk menulis rumusan dan bahan mentah untuk kaca hablur dalam buku yang sedang dikarangnya –"Gerbang ke Arah Alkimia". Dalam buku itu, dia menulis kisah hidupnya bermula dengan hari pertama dia menjadi seorang perantis sehingga hari dia terpilih menjadi ketua pakar alkimia. Tambahan lagi, dia menulis juga semua rumusan alkimia yang mereka sudah temui dalam Makmal Alkimia Bandar Raya Air Merah sepanjang masa itu.
Kyle percaya buku ini dapat mengukir namanya dalam lipatan sejarah. Ribuan tahun selepas itu, para ahli alkimia sedunia akan tetap mengingati namanya.
Apabila lilin bilik bacaan itu sudah hampir terbakar habis, baru Kyle meletakkan penanya dan bersedia untuk masuk tidur.