Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 152 - Rundingan (Bahagian II)

Chapter 152 - Rundingan (Bahagian II)

Hujan sudah berhenti. Awan-awan di langit disinari warna merah daripada matahari yang sedang tenggelam.

Roland membuka pintu bilik tetamu dan melihat Margaret mundar-mandir di hadapan pendiang api dengan resah. Sebaik sahaja Sean si pengawal melihat Roland datang, dia terus menunduk dan meninggalkan tempat itu. Selepas menyedari kehadiran Roland, Margaret pantas mendapatkan putera itu dan bertanya, "Tuanku, bagaimana keadaan Lightning?"

Roland agak terkejut, dia tidak menyangka Margaret akan bertanya soalan sebegitu. Dia menyangka Margaret mungkin akan bersikap acuh tak acuh, atau marah, atau tidak puas hati, tetapi dia tidak pernah menyangka Margaret akan merisaukan keadaan Lightning.

"Dia tidak apa-apa… cuma penat."

"Ya? Baguslah kalau begitu." Margaret tampak lega.

"Awak seperti mengambil berat tentang dia."

"Dia begitu mirip ayahnya, lebih-lebih lagi mata sepetnya itu dan hidungnya yang mancung… Patik boleh lihat itu memang anak Thunder."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS