Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 151 - Rundingan (Bahagian I)

Chapter 151 - Rundingan (Bahagian I)

Selepas melihat enjin wap tadi, Roland dan Margaret pulang ke istana dan menyambung perbincangan mereka tentang kontrak urus niaga antara mereka. Jika perbincangan ini melibatkan proses tawar-menawar, ia biasanya akan mengambil masa satu ke dua hari. Untuk menjimatkan tenaga, seorang pemerintah biasanya akan mengamanahkan bendahari untuk melaksanakan rundingan itu dan hanya akan menyampaikan keputusan serta harga akhirnya kepada pemerintah. Tetapi kini Margaret tidak cuba merundingkan harga Roland pun, jadi ia semakin memudahkan Roland.

"Baiklah. Kalau begitu, sebulan lagi patik akan datang lagi ke sini dengan tiga kapal penuh kalium nitrat," kata ahli perniagan wanita itu sambil tangannya laju menulis atas sekeping kertas kekulit. "Jadi kalau kita kira 90 peratus daripada harga pasaran, nilainya adalah 315 keping emas."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS