"Awak selalunya menjual kalium nitrat di bandar diraja?" Tanpa membuang masa Roland terus membuka bicara.
"Tidak, Tuanku." Senyuman Margaret kini bukan senyuman dibuat-dibuat tetapi lebih ikhlas dan mesra. "Patik menjual banyak barang, seperti batu permata dan kain. Malah patik juga membuka rumah tumpangan serta kedai minum. Sebenarnya patik baru mula membekalkan kalium nitrat dalam sebulan lalu. Pemilik lamanya kalah besar dalam kedai judi patik jadi dia terpaksa menggadaikan kilangnya."
'Jadi dia bukan sahaja peniaga, dia juga terlibat dalam industri perkhidmatan. Ini benar-benar ahli perniagaan yang luar biasa.' Setahu Roland, modal besar sahaja tidak cukup untuk mengendalikan sebuah kedai judi di bandar diraja. Dia mengetuk jarinya sekali di atas meja tetapi Nightingale hanya mencubit leher Roland. Isyarat ini bermaksud Margaret sedang memakai Batu Pembalasan Tuhan jadi kuasa Nightingale tidak lut kepada dirinya.