Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 143 - Para Pendatang

Chapter 143 - Para Pendatang

Sebuah kapal layar dari Kubu Longsong perlahan-lahan berlabuh di dok Pekan Sempadan.

Selepas titi sambung diturunkan, semua penumpangnya yang membawa pelbagai bagasi dan barang atas belakang mereka mula berjalan turun ke darat. Kebanyakan daripada mereka tidak pernah keluar dari pekan mereka jadi ramai antara mereka nampak terkontang-kanting. Kelasi di belakang mereka pula asyik menggesa mereka turun cepat jadi mereka jadi lebih kelam-kabut.

Sekumpulan orang mula berpusu-pusu dan saling menolak sehingga seorang wanita pertengahan umur tergelincir. Dia hilang keseimbangan dan hampir terjatuh ke dalam air. Mujurlah ada seorang wanita muda pantas mencapai tangannya dan menarik dia kembali ke atas titi sambung itu.

"Terima kasih, terima kasih." Wanita pertengahan usia itu tidak putus-putus mengucapkan terima kasih dengan sebelah tangannya mengurut-urut dada.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS